PENGENALAN
ZIKIR ADALAH LAKU UTAMA DALAM KEILMUAN PEMBANGKITAN ENERGI ILAHIAH
Inilah
dasar-dasar kenapa selalu ditekankan pada seluruh Pembangkitan Energi Ilahiah
untuk selalu ZIKIR...DI TAMBAH DENGAN PASRAH DAN ISTIQOMAH...insya Allah akan
menjadi lebih mantap....
Zikrullah
iaitu mengingat Allah dengan hati dan menyebut-Nya dengan lisan adalah
merupakan tempat persinggahan orang-orang pilihan, yang di sanalah mereka
membekali diri, berniaga dan ke sanalah mereka kembali.
Zikir
merupakan santapan hati, yang jika tidak mendapatkannya maka badan menjadi
seperti kubur dan mati. Zikir merupakan senjata yang digunakan untuk menghadapi
para perompak,peragut jalanan, merupakan air yang boleh menghilangkan rasa
dahaga ditengah perjalanan, merupakan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit.
Jika seseorang hamba tidak mendapatkannya, maka hatinya akan menggelisah, kerana
zikir merupakan perantara dan penghubung antara diri hamba dengan alam ghaib.
Dengan zikir seseorang dapat menolak bencana dan menyingkirkan kesusahan,
sehingga musibah yang menimpa menjadi ringan. Yang pasti zikir merupakan taman
syurga dan modal kebahagiaan. Zikir mengajak hati yang dirundung kepiluan untuk
tersenyum gembira dan menghantarkan pelakunya kepada Dzat yang dizikiri iaitu
Allah SWT.
Zikir
adalah pembersih dan pengasah hati serta ubatnya jika hati sakit. Selagi orang
yang berzikir semakin tenggelam dalam zikirnya, maka cinta dan kerinduannya
semakin terpupuk terhadap Dzat yang diingat. Jika ada keselarasan antara hati
dan lisan, maka pelakunya akan lalai terhadap segala sesuatu. Sebagai gantinya
Allah akan menjaganya dari segala sesuatu. Dengan zikir, pendengaran menjadi
terbuka, lisan tidak kelu dan kegelapan menyingkir dari pandangan. Dengan
zikir,Allah menghiasi lisan orang-orang yang berzikir, sebagaimana Ia menghiasi
pandangan orang-orang yang mampu memandang dengan cahaya. Lisan yang lalai
seperti mata yang buta, telinga yang tuli dan tangan yang kudung. Zikir
merupakan pintu Allah yang paling lebar dan besar, terbuka diantara Allah dan
hamba-Nya, selagi pintu itu tidak ditutup sendiri oleh hamba dengan
kelalaiannya.
Dengan
zikir, seorang hamba mampu mengalahkan setan, sebagaimana setan yang dapat
mengalahkan orang-orang yang lalai dan lupa diri. Dikatakan : “Jika zikir ada
dalam hati, lalu setan mendekatinya, maka dia langsung kalah”.
Zikir
merupakan ruh amal-amal yang sholeh. Jika amal terlepas dari zikir, maka amal
itu seperti badan yang tidak memiliki ruh.
Menurut
Ibnu Qayyim al-Jauziyah bahawa zikir kepada Allah mempunyai lebih dari seratus
faedah, dibawah ini kami cantumkan beberapa faedah berzikrullah tersebut,
diantaranya;
Zikir
menjauhkan diri dari syaithan dan menghancurkan kekuatannya.
Zikir
menyebabkan ia dicintai Allah SWT.
Zikir
menjauhkan kegelisahan dan kesedihan hati.
Zikir
menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri.
Zikir
menguatkan tubuh dan hati.
Zikir
menjadikan bercahayanya rumah dan hati.
Zikir
dapat menarik rezeki.
Orang
yang selalu berzikir akan dipakaikan kepadanya pakaian kehebatan dan kegagahan iaitu
orang yang melihat akan merasa gentar dan akan merasakan kesejukan.
Zikir
dapat menumbuhkan perasaan cinta kepada Allah, sedangkan cinta kepada Allah ini
merupakan ruh Islam dan jiwa Agama, juga sebagai sumber keberhasilan dan
kebahagiaan, keduanya akan mudah dicapai oleh orang yang selalu berzikir.
Barangsiapa yang ingin dapat mencintai Allah dengan benar, hendaklah
memperbanyak zikrullah, kerana zikir merupakan pintu cinta kepada Allah.
Dengan
zikir,kita akan mampu bermuraqabah yang akan menyampaikan kita kepada derajat
ihsan. Orang yang telah mencapai derajat ihsan dalam ibadahnya seakan-akan
melihat Allah SWT.
Zikir
merupakan sarana untuk kembali kepada Allah yang akan membawa seseorang
berserah diri kepada Allah. Sehingga sedikit demi sedikit, dalam segala urusan,
Allah akan menjadi tempat perlindungan, rumah, dan benteng baginya. Dalam
menghadapi musibah juga akan cenderung berlindung kepada-Nya.
Zikir
dapat menyebabkan seseorang dekat kepada Allah. Semakin banyak seseorang
mengingat Allah, ia akan semakin dekat kepada Allah Ta’ala. Semakin lalai
seseorang mengingat-Nya, ia akan semakin jauh dari Allah Ta’ala.
Zikir
merupakan pintu makrifatullah.
Dengan
berzikir, kehebatan dan kebesaran Allah akan masuk ke dalam hati, juga sebagai
sarana agar berghairah menghadirkan diri di hadapan Allah.
Zikir
merupakan penyebab ingatnya seseorang kepada Allah SWT.
Zikir
dapat menghidupkan hati
Zikir
merupakan makanan bagi hati dan ruhani. Jika keduanya tidak memperoleh makanan
maka keadaannya sebagaimana tubuh yang tidak memperoleh makanan.
Zikir
menjauhkan hati dari karat. Sebagaimana disebutkan dalam hadits bahawa segala
sesuatu itu akan berkarat atau kotor. Kotoran hati adalah keinginan hawa nafsu
dan kelalaian. Keduanya akan sulit dibersihkan kecuali dengan berzikir. Untuk
itu zikir bermanfaat untuk membersihkannya.
Zikir
menjauhkan diri dari kesusahan dan kesalahan.
Zikir
dapat menjauhkan diri dari perasaan takut dan was-was. Apabila seseorang
dihinggapi kelalaian, ia akan diselubungi perasaan takut dan was-was. Bila ia
berzikir, semuanya itu akan menjauh.
Apabila
seseorang berzikir kepada Allah maka empat penjuru ‘arsy akan turut berzikir
kepada-Nya
Apabila
pada waktu senang seseorang berzikir mengingat Allah SWT, maka Allah akan
mengingatnya ketika dalam keadaan susah.
Zikir
merupakan sarana untuk menyelamatkan diri dari adzab Allah SWT.
Zikir
menyebabkan turunnya sakinah serta rahmat. Para malaikat akan menaungi majlis
dzikir.
Dengan
berzikir lidah seseorang akan terjauh dari ucapan-ucapan dosa seperti
;mengumpat, memaki, berbohong, perkataan kotor, dan perkataan sia-sia.
Majlis
zikir adalah majlis malaikat, sedangkan majlis lalai dan sia-sia adalah majlis
syaithan.
Dengan
berzikir, seseorang akan menjadi baik dan bahagia. Demikian pula orang-orang
yang menyertai nya. Sebaliknya, orang-orang yang menghabis kan waktunya dengan
sia-sia adalah orang-orang yang jahat dan celaka, demikian pula orang-orang
yang menyertainya.
Pada
hari kiamat, orang-orang yang selalu berzikir akan terhindar dari bencana dan
penyesalan. Untuk itu disebutkan dalam sebuah hadits bahawa setiap majlis yang
di dalamnya tidak ada zikrullah akan menyebabkan kesusahan dan kerugian pada
hari kiamat.
Apabila
seseorang berzikir kepada Allah sendirian sehingga menangis, pada hari kiamat
nanti, ia akan memperoleh naungan di bawah ‘arsy Ilahi, ketika seluruh manusia
sedang dihisab dan merasakan panas yang sangat menyiksa.
Orang
yang menyibukkan diri dengan berzikir akan mendapatkan anugerah lebih banyak
daripada orang-orang yang berdo’a, sebagaimana disebutkan dalam hadits :
“Barangsiapa kerana sibuk berzikir sehingga tidak sempat untuk berdo’a, maka
Allah akan memberikan yang lebih baik daripada orang-orang yang berdo’a “.
Meskipun
zikir merupakan ibadah yang paling ringan, tetapi mempunyai fadhilah yang paling
utama kerana menggerakkan lidah lebih mudah daripada menggerakkan anggota badan
lainnya.
Zikrullah
merupakan pohon di surga.
Nikmat
dan anugerah yang diberikan Allah kepada seseorang kerana berzikir tidaklah
diberikan kerana amal-amal lainnya. Dalam hadits dijelaskan : “Barangsiapa
membaca kalimat ‘Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalahu lahul mulku
walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai’ in qadiir’ sebanyak seratus kali, maka
Allah akan memberikan pahala kepadanya seperti memerdekakan sepuluh hamba
sahaya dan dicatatkan di dalam buku amalannya seratus kebajikan, dihapuskan
darinya seratus dosa, dipelihara dari godaan syaithan, dan tidak seorangpun
yang lebih utama darinya kecuali orang yang amalannya melebihinya”.
Seseorang
yang berzikir secara istiqomah akan selamat dari melupakan dirinya yang
menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat. Kerana melupakan diri sendiri dan
tipu-tipuannya bererti melupakan Allah, dan orang yang melupakan Allah niscaya
akan memperoleh kerugian. Sebagaimana Allah memperingatkan dalam firman-Nya :
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah
menjadikan kamu seperti orang-orang yang lupa kepada diri mereka sendiri.
Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyr : 19).
Dengan
berzikir seseorang dapat senantiasa mencapai kemajuan dan kejayaan, baik ketika
ia beristirehat atau ketika berada di pasar, ketika sihat mahupun ketika sakit,
ketika sibuk mengecap kenikmatan hidup mahupun ketika mengalami berbagai
kekurangan. Pendek kata, pada setiap saat dan keadaan ia akan memperoleh
kejayaan. Tidak ada sesuatupun yang menyebabkan ia mencapai kemajuan secara terus
menerus selain dengan berzikir. Jika hatinya telah bersinar dengan cahaya zikir,
maka dalam setiap keadaan, ia meningkat ke martabat yang sangat tinggi.
Nur
zikir senantiasa bersama orang yang berzikir, baik di dunia mahupun di dalam
kubur, dan ia membimbing ketika melewati shirath. Pendek kata di manapun
berada, ia tidak akan berpisah. Dengan nur tersebut amal perbuatan seseorang
akan bercahaya terang benderang sehingga amal perbuatan yang baik dari
seseorang itu dibawa naik ke langit, yang didapati padanya cahaya seperti sinar
matahari, dan nur seperti itulah yang akan kelihatan pada wajahnya pada hari
kiamat nanti.
Zikir
adalah intisari ilmu tasawwuf, yang diamalkan oleh setiap ahli thariqah. Jika
telah terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan
menuju Allah. Barangsiapa telah menuju kepada Allah niscaya ia akan memperoleh
semua yang dikehendakinya, kerana khazanah Ilahi tidak akan berkurang
sedikitpun.
Di
hati manusia terdapat bahagian yang tidak subur, dan dapat disuburkan dengan
berzikrullah. Apabila zikir telah menguasai hati, maka yang menjadi subur bukan
hati saja, bahkan menjadikan orang yang berzikir itu hidup dengan sejahtera
walaupun ia tidak berharta benda, ia akan menjadi mulia meskipun tidak
berkeluarga, dan ia menjadi seorang penguasa meskipun ia tidak mempunyai
kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai dari berzikir pasti akan hina walaupun ia
berharta, memiliki kaum keluarga, dan kerajaan yang besar.
Zikir
dapat mengumpulkan kembali yang telah bercerai, dan menceraikan yang telah
terkumpul, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Yakni, hati manusia
yang diliputi berbagai keraguan duka cita, dan kegelisahan, semuanya itu dapat
dilenyapkan seluruhnya sehingga akan muncullah ketenteraman dan ketenangan
jiwa. Hati atau jiwa manusia yang dikuasai perbuatan keji akan dibersihkan. Dan
manusia yang selalu digoda dan dikuasai oleh tentera syaithan akan diceraikan
darinya, akhirat yang jauh akan didekatkan, dan dunia yang dekat akan dijauhkan
dari jiwanya.
Zikir
menggerakkan hati manusia dari tidur dan menyedarkannya dari lalai. Selagi hati
dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia mengalami kerugian demi
kerugian.
Zikir
merupakan pohon yang setiap waktu menghasilkan buah makrifat. Menurut istilah
para ulama tasawwuf ;pohon itu mendatangkan buah ahwal, dan maqamat. Semakin
banyak berzikir akar pohon itu akan semakin kukuh, semakin akarnya kukuh, pohon
itu semakin banyak menghasilkan buah.
Zikir
mendekatkan kepada Dzat yang kepada-Nya ia berzikir, sehingga orang yang berzikir
akan disertai oleh-Nya, sebagaimana diterangkan dalam Al-Qur’an : “Sesungguhnya
Allah SWT beserta orang-orang yang bertaqwa.” Diterangkan dalam sebuah hadits
qudsi : “Aku (Allah) menyertai hamba-Ku selama ia mengingat-Ku.” Penyertaan
Allah SWT yang dapat dicapai dengan berzikir merupakan penyertaan yang tidak
ada bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatat dan tidak mungkin
pula dapat dibicarakan. Kelazatannya benar-benar lazat dan erti kata yang
sebenarnya, yang hanya dapat dirasakan oleh orang yang telah mencapainya. ‘Ya
Allah, berikanlah kepadaku barang sedikit darinya.’
Zikir
seimbang dengan memerdekakan hamba, seimbang dengan membelanjakan harta, dan
seimbang pula dengan berjuang di jalan Allah.
Zikir
merupakan sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingat Allah, dia tidak
dapat bersyukur kepada-Nya. Dalam sebuah hadits diberitakan bahawa Nabi Musa AS
pernah berkata kepada Allah, “Ya Allah, Engkau telah menganugerahkan kepadaku
nikmat yang sangat banyak, maka tunjukkanlah kepadaku cara-cara bersyukur
supaya aku senantiasa dapat bersyukur kepada-Mu.” Allah berfirman kepada Musa AS,
“Semakin banyak kamu berzikir, maka semakin banyak engkau dapat bersyukur.”
Yang
paling mulia diantara orang - orang yang bertaqwa di sisi Allah ialah orang
yang senantiasa sibuk dengan berdzikir kerana natijah taqwa adalah syurga sedangkan
natijah dzikir adalah penyertaan Allah SWT.
Di
hati manusia terdapat semacam kekerasan yang tidah dapat berubah menjadi lembut
melainkan dengan berzikir.
Zikir
merupakan ubat penyakit hati.
Zikir
merupakan sumber persahabatan dengan Allah, sebaliknya lalai merupakan sumber
permusuhan dengan Allah.
Tidak
ada sesuatu apapun yang dapat menambah nikmat Allah dan menyelamatkan dari
adzab-Nya selain zikrullah.
Allah
SWT menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir, dan para
malaikat-Nya berdo’a untuk mereka.
Barangsiapa
yang ingin menikmati syurga, sedangkan ia masih berada di dunia, hendaklah ia
menyertai majlis-majlis zikir, kerana majlis-majlis zikir itu laksana
taman-taman syurga.
Majlis
Zikir merupakan majlis para Malaikat.
Allah
SWT membangga-banggakan orang-orang yang berzikir di hadapan para Malaikat.
Barangsiapa
senantiasa berzikir, ia akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.
Semua
amalan diwajibkan semata-mata kerana Zikrullah.
Amalan
yang paling utama adalah amalan yang disertai dengan berzikir sebanyak-banyaknya.
Puasa yang paling utama adalah puasa yang disertai dengan berzikir
sebanyak-banyaknya. Haji yang paling utama adalah haji yang disertai dengan berzikir
sebanyak-banyaknya. Demikian juga dengan jihad dan amalan-amalan lainnya.
Zikir
merupakan pengganti ibadah-ibadah nafilah, sebagaimana diriwayatkan dalam
sebuah hadits oleh Ahmad dari Abu Hurairoh RA. bahawa orang-orang fakir dari
kaum Muhajirin telah datang, lalu mengadukan keadaan mereka kepada Rasulullah
SAW dengan berkata ; “Ya Rasulullah, saudara kami yang berharta benda telah
mencapat derajat yang setinggi-tingginya kerana kekayaan mereka. Mereka sholat
seperti kami sholat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa. Tetapi kerana
kekayaannya, mereka telah melebihi kami dengan mengerjakan haji, umrah, jihad
dan sebagainya. Sebagai jawapan, Rasulullah bersabda : “Mahukah kuberitahukan
kepada kalian suatu amalan yang dapat mengejar amalan mereka dan dapat melebihi
mereka, bahkan orang-orang tidak dapat melebihi kalian selagi mereka tidak
beramal seperti kalian ?”Jawab mereka, “Beritahukanlah kepada kami Ya
Rasulullah.” Rasulullah SAW bersabda : “Setiap selesai sholat bacalah oleh
kalian, Subhaanallah-Alhamdulillah-Allahu Akbar sebanyak 33 kali.” Setelah
mengamalkan nasihat Rasulullah SAW tersebut, mereka datang lagi kepada
Rasulullah SAW dan berkata, “Saudara-saudara kami yang kaya mendengar tentang
apa yang kami lakukan, lalu mereka juga turut mengamalkannya.” Rasulullah SAW
menjawab, “Itu adalah anugerah dari Allah yang diberikan kepada siapa saja yang
dikehendaki-Nya.”
Zikir
merupakan pendorong ibadah-ibadah lainnya. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya,
maka ibadah-ibadah lainnya menjadi mudah dan menyenangkan, dan kelazatan ibadah
itu dapat benar-benar dirasakan sehingga semua ibadah dapat dikerjakan dengan
mudah dan ringan.
Dengan
berzikir, hal-hal yang berat akan menjadi ringan. Setiap kesukaran akan berubah
menjadi mudah. Setiap beban akan menjadi ringan, dan semua bencana akan hilang.
Zikir
akan menghindarkan semua bentuk ketakutan dan kebimbangan. Zikrullah mempunyai
daya khusus untuk menciptakan ketenteraman dan menghilangkan ketakutan. Ia
mempunyai pengaruh istimewa, yakni dengan semakin banyak berzikir maka akan
semakin diperoleh ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.
Zikir
menimbulkan kekuatan dan tenaga istimewa pada manusia. Dengan kekuatan
tersebut, pekerjaan-pekerjaan yang sulit dapat diselesaikan. Siti Fatimah R.HA.
Puteri Rasulullah SAW, pernah mengadukan keadaannya kepada Baginda, “Ya
Rasulullah berikan kepadaku seorang hamba (pembantu) agar aku dapat
menyelesaikan urusan-urusan rumah tangga. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah
engkau ucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 34
kali sebelum tidur pada malam hari.” Kemudian, Rasulullah SAW bersabda lagi,
“Ini lebih baik bagimu daripada pembantu yang engkau minta itu.”
Penyelesai
urusan keakhiratan adalah saling mendahului antara satu dengan lainnya. Di
dalam saling mendahului ini, yang nampak berada di depan adalah orang yang berzikir.
Diriwayatkan dari Umar Khadam Ghufrah, katanya “Apabila amal perbuatan manusia
diberi pahala pada hari kiamat, maka sebahagian besar manusia akan menyesal
sambil berkata, “Alangkah baiknya jika kita dahulu memperbanyak amalan yang
ringan dan sangat mudah, iaitu berzikir.” Di dalam sebuah hadits diberitakan
bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Mereka yang mufarrid telah mendahului.” Para
sahabat bertanya, “Siapakah yang mufarrid Ya Rasulullah ?” Beliau menjawab,
“Mereka yang mengingat Allah sebanyak-banyaknya, kerana zikir meringankan beban
mereka.”
Allah
SWT sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir. Orang-orang yang
dibenarkan oleh Allah SWT tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang-orang
yang dusta. Di dalam sebuah hadits disebutkan bahawa apabila seorang hamba
mengucap kan Laa ilaaha illallah wallahuAkbar maka Allah SWT berfirman, “Benar
ucapan hamba-Ku, tiada Tuhan melainkan Aku, dan Akulah Yang Maha Besar.”
Zikir
menyebabkan terbangunnya rumah di syurga. Apabila seorang hamba berhenti berzikir,
maka para malaikat berhenti membangun rumah tersebut. Apabila mereka ditanya,
“Mengapa kamu berhenti membangun rumah itu ?” Mereka menjawab bahawa biayanya
belum datang. Di dalam sebuah hadits lainnya disebutkan bahawa barangsiapa
mengucapkan, Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil’Adhiim sebanyak tujuh kali
niscaya akan membangun satu menara di syurga untuknya.
Zikir
merupakan perisai atau penghalang dari neraka jahannam. Barangsiapa yang
dimasukkan ke dalam neraka kerana amal perbuatannya yang tidak baik, maka zikirnya
itu menjadi penghalang antara dirinya dengan neraka jahannam. Semakin banyak
berzikir, maka semakin kuatlah penghalang itu.
Para
malaikat beristighfar untuk orang yang berdzikir. Amr bin “Ash RA. meriwayatkan
bahawa apabila seorang hamba mengucapkan, “Subhanallahi wabihamdihi atau
Alhamdulillahirabbil’aalamiin “ maka para malaikat berkata, “Ya Allah,
ampunilah dia.”
Jika
seorang berzikir di atas sebuah gunung atau di tanah datar, maka tempat
tersebut akan merasa bangga. Di dalam sebuah hadits diberitakan bahawa
gunung-gunung tersebut saling bertanya adakah hari ini orang yang berzikir lalu
di atas mereka. Jika dijawab ya ada yang lalu, maka ia merasa gembira dan
bangga.
Memperbanyak
zikir merupakan jalan untuk membebaskan diri dari kemunafikan. Menerangkan
tanda kemunafikan, Allah SWT berfirman, “Mereka tidak mengingat Allah,
melainkan hanya sedikit.”
Dibandingkan
amalan-amalan lainnya, zikir mempunyai kelazatan yang tidak dimiliki oleh
amalan-amalan lainnya. Jika zikir tidak mempunyai keutamaan selain kelazatan,
ini saja sudah memadai. Malik bin Dinar ra. berkata bahawa seseorang tidak akan
merasakan kelazatan apapun selain kelazatan berzikir.
Di
dunia, wajah orang yang berzikir akan kelihatan gembira, dan akan nampak nur
pada hari kiamat.
Barangsiapa
mengingat Allah sebanyak-banyaknya ketika dalam perjalanan, ketika di rumah,
dan ketika di kampung, maka ia akan mempunyai pembela yang sangat banyak di
yaumil-hisab kelak.
Selain
lidah sibuk berzikir, selama itulah ia terpelihara dari percakapan sia-sia,
berdusta,mengumpat, dan sebagainya. Kerana lidah memang tidak dapat diam, kalau
ia tidak sibuk berzikir, tentu ia akan sibuk dengan kesia-siaan. Demikian juga
halnya ketika hati tidak sibuk mencintai Khaliq, tentu ia sibuk mencintai
makhluk.
Syaithan merupakan musuh
manusia yang nyata. Ia menjerumuskan manusia dalam kebimbangan dan kegelisahan
dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni manusia dari berbagai penjuru. Orang
yang keadaan sedemikian rupa, senantiasa berada di tengah-tengah lingkungan
musuh yang selalu berusaha mencelakakannya. Maka, tidak ada jalan lain untuk
mematahkan serangan musuh itu melainkan dengan zikrullah.....